Papar dalam PDF

SMART MONITORING SYSTEM (SMS2.0)

Smart Monitoring System ini dibangunkan untuk memantau semua aduan serta idea yang diterima melalui facebook , memantau kerja – kerja di lapangan (tapak) yang telah diberikan kelulusan oleh MPSP mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta memantau kerja – kerja tanpa kelulusan untuk diambil tindakan penguatkuasaan.

Sepanjang penggunaan versi pertama Sistem Pemantauan Pintar selama tiga (3) tahun, MPSP telah membuat penambahbaikan ke atas sistem sediaada dengan menghasilkan inovasi SMS 2.0 di mana turut melibatkan aplikasi mobile yang dikenali sebagai SmartEye. Inovasi ini dibangunkan untuk memudahkan pegawai membuat pelaporan dan maklum balas kepada aduan yang diterima melalui aplikasi mobile. Aplikasi ini boleh dimuatnaik di dalam smart phone dan gadget dengan menggunakan platform Android melalui play store.

Keunikan SmartEye adalah senarai kes dan maklum balas boleh disediakan walaupun tiada internet connection. Apabila mempunyai internet connection, aplikasi akan muat turun senarai kes yang berkaitan kepada pegawai dalam telefon pintar secara automatik.

Aduan boleh dibuat melalui aplikasi MyMPSP (MyMPSP apps) akan memaparkan semua maklumat berkaitan MPSP dan juga ruangan aduan. Pengguna boleh akses menggunakan akaun Facebook sedia ada atau dengan menggunakan emel pengguna. Aplikasi ini hanya menggunakan tiga (3) cara mudah dan cepat iaitu dengan memuat naik gambar, melengkapkan maklumat lokasi dan menghantar ke aplikasi MyMPSP.


Tahun Projek Diluluskan :

2013


Harga / Kos Produk (Jika Ada) :

inhouse


Kategori :

Arkitek


Untuk keterangan lanjut berkaitan produk/inovasi/kreativiti ini, sila berhubung terus :

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
WAN JUNAIDY BIN YAHYA
Telefon : 0194700689
Email : wanjunaidy@mpsp.gov.my


41 kali dilihat

494 orang menyukai ini