Papar dalam PDF

INOVASI UPCYCLE DAN KARNIVAL UPCYCLE

Inovasi Upcycle Komuniti adalah hasil pemerhatian daripada aktiviti kitar semula komuniti yang dijalankan di kawasan Seberang Perai bawah seliaan MPSP. Apabila aktiviti kitar semula dijalankan, satu masalah telah dikenalpasti iaitu didapati terdapat barangan yang tidak dapat dikitar semula. Barangan yang tidak boleh dikitar semula akan berakhir di tempat pelupusan sampah. Cetusan idea untuk menggunakan bahan-bahan yang tidak boleh diktar semula untuk menghasilkan suatu produk yang baru. Produk yang telah diproses ini dipanggil UPCYCLE. MPSP memilih komuniti untuk menjalankan aktiviti ini kerana untuk membuka ruang dan peluang bagi komuniti untuk menjana pendapatan dan menambahkan kemahiran.

Komuniti yang berminat dikenalpasti dan latihan diberi kepada pihak komuniti. Bagi komuniti yang telah mahir, mereka juga akan menyumbangkan ilmu dan kemahiran mereka kepada satu komuniti yang lain pula. Sesetengah komuniti mungkin mempunyai kemahiran yang sedikit berbeza dengan komuniti yang lain. Jalinan kerjasama antara komuniti yang diselaraskan oleh MPSP membolehkan kepelbagaian hasil UPCYCLE dapat dihasilkan didalam sesebuah komuniti. Bahan-bahan buangan dikumpul di pusat pengumpulan kitar semula atau disumbangkan oleh NGO/kilang/kedai atau pelbagai agensi yang lain. Jabatan Pelesenan MPSP juga menghantar baner-baner terpakai yang diturunkan kepada komuniti-komuniti untuk dijadikan produk Upcycle. Kebolehan sesebuah Komuniti untuk menghasilkan produk Upcycle membolehkan mereka dijemput untuk mengajar kaedah menghasilkan produk Upcycle kepada mana-mana agensi/komuniti yang berminat.

Pihak komuniti menjual produk Upcycle secara sendiri apabila adanya lawatan dari pihak luar ke Pusat Komuniti. Komuniti akan menysun atur keperluan barangan Upcycle untuk dipamer dan dijual kepada kumpulan lawatan. MPSP juga menyelaras jualan barangan upcycle di mana. Setiap bulan pada hari Ahad yang pertama MPSP menganjurkan Program Car Free Morning di Jalan Todak 2& 3 Seberang Jaya. Di program ini, terdapat deretan gerai yang disewakan kepada mana-mana pengusaha yang ingin membuat jualan. Tetapi kepada penggiat Produk Upcycle ini, gerai-gerai akan disediakan secara percuma kepada mereka. Mereka akan mempromosi dan barangan jualan mereka di sini. Bermula Mac 2017, Syarikat Autocity Juru, juga mengadakan aktiviti Night Market pada setiap Sabtu pertama setiap bulan. Pihak Autocity Juru juga bersedia untuk memberi tapak-tapak jualan kepada pihak komuniti yang mempunyai barangan Upcycle untuk dipromosi dan dijual. Produk Upcycle ini juga dibeli oleh pihak MPSP atau NGO sebagai cenderahati apabila ada sebarang program yang berkaitan.


Tahun Projek Diluluskan :

2014


Harga / Kos Produk (Jika Ada) :

inhouse


Kategori :

Kemasyarakatan


Untuk keterangan lanjut berkaitan produk/inovasi/kreativiti ini, sila berhubung terus :

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
WAN JUNAIDY BIN YAHYA
Telefon : 0194700689
Email : wanjunaidy@mpsp.gov.my


26 kali dilihat

484 orang menyukai ini