FLEXINEATOR direka khas oleh Majlis Bandaraya Miri melalui Kumpulan Kreatif dan Inovatif iaitu Kumpulan TATSUNOKO untuk mengatasi permasalahan kos kerosakkan penggantian delineator post sediada yang digunakan di jalan raya. Melalui rekacipta FLEXINEATOR ini dapat menjimatkan kos penggantian kerana ianya terbahagi kepada beberapa komponen binaan dan hanya memerlukan penggantian bahagian yang rosak sahaja berbanding delineator post perlu digantikan sepenuhnya jika rosak.
FLEXINEATOR ini digunakan sebagai pandu arah (guidance) kepada pemandu di jalan raya untuk kawasan gelap atau tiada cahaya lampu disamping sebagai penghadang jalan (road barrier).
Pihak Majlis Bandaraya Miri telah mengesyorkan FLEXINEATOR dianugerahkan sijil hakcipta (copyright certificate) dan kini didalam peringkat substansive examination oleh pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
MAJLIS BANDARAYA MIRI
JOB NELSON
Telefon : 0194682997
Email : jobnn@miricouncil.gov.my