Papar dalam PDF

SISTEM PEMANTAUAN OPERASI PAM

Cetusan idea penambahbaikan melalui inovasi ini adalah berpunca daripada kerosakan atau kegagalan fungsi sistem pam kawalan banjir yang diterima melalui aduan awam, penyelenggaraan berkala atau banjir kilat yang terjadi. Kegagalan fungsi sistem pam banjir ini adalah disebabkan oleh pam ‘trip’ atau ‘breakdown’ semasa berfungsi ketika hujan lebat yang terjadi pada awal pagi atau waktu malam. Ini bukan sahaja terjadi kepada MBMB malah pam-pam lain di bawah kelolaan agensi lain juga menghadapi masalah yang sama. Keberkesanan penerimaan maklumat di luar waktu bekerja merupakan skop kajian ini diadakan. Permasalahan ini dilihat menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada kegagalan sistem ini dan seterusnya menyebabkan banjir kilat bagi penduduk sekitar Bandaraya Melaka. Banjir kilat yang terjadi memberi impak kerugian harta benda yang besar kepada penduduk sekitar semasa banjir kilat terjadi. Kekerapan permasalahan ini bukan sahaja telah membebankan penduduk dengan kerugian yang tidak dijangka malah telah menimbulkan rasa tidak puas hati dengan sistem dan kaedah kerja MBMB. Sepanjang hilir Sungai Melaka iaitu dari Dataran Rempah ke muara Sungai Melaka terdapat 6 buah rumah pam kawalan banjir; 3 buah adalah di bawah selenggaraan MBMB (Taman Wan Shaw, Sekolah Sacret Heart dan Melaka Sentral), 2 adalah di bawah selenggaraan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), manakala 1 yang terletak di ‘barrage’ muara Sungai Melaka adalah di bawah selenggaraan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).


Tahun Projek Diluluskan :

2018


Harga / Kos Produk (Jika Ada) :

RM7000.00


Kategori :

Kejuruteraan


Untuk keterangan lanjut berkaitan produk/inovasi/kreativiti ini, sila berhubung terus :

MAJLIS BANDARAYA MELAKA
AZNITAH BTE AHMAD
Telefon : 0122598879
Email : inovasi@mbmb.gov.my


Rohzainah Binti Zainal
Telefon : 0127761691
Email : rohzainah@mbmb.gov.my


7 kali dilihat

208 orang menyukai ini